BERITA
Sekarang Merokok Di tepi Jalan Je. Harap-Harap Jangan Dilanggar Kereta Atau Lori - Aman Shah
Golongan selebriti juga antara pihak yang terkesan daripada arahan larangan merokok yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.
Pelakon popular, Aman Shah meluahkan pandangannya di media sosial berhubung tindakan kerajaan itu yang tidak lagi membenarkan mana-mana individu merokok di premis makanan.
"Nasib si perokok macam saya ini, sekarang merokok di tepi jalan je. Harap-harap jangan dilanggar kereta atau lori," katanya menerusi status di Facebooknya, hari ini.
Ujarnya, dia kini bukan sekadar sedut asap rokok tapi habuk jalan demi menyelamatkan orang tidak merokok dan tidak tambahkan hasil negara.
"Kira-kira kita ini penjenayah dan anjing yang dibenci kerajaan dan rakyat yang tak merokok yang lebih mulia akhlaknya.
"Cukai rokok yang mahal itu di manfaatkan juga pada golongan yang tak merokok. Untunglah pada yang berkakhlak mulia ini," katanya.
Dalam satu status lain, dia menyatakan dosa merokok lebih besar dari berkhalwat dan mengumpat, sebab itu dendanya lebih tinggi.
"Hairan, dulu Rasulullah SAW lebih banyak sentuh akhlak orang yang mengumpat, fitnah merompak dan lain-lain. Sekarang merokok lebih serius," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Facebok - Aman Shah & Twitter @zuraida_my
Must-Watch Video