,
Laman Utama

Sekumpulan Lelaki Beri Hadiah K*nd*m Pada Majlis Kahwin Member Undang Amarah Netizen

Izwan Isa
20/06/2022
04:50 MYT
Baru-baru ini, tular di laman sosial berkenaan dengan sepotong video yang memperlihatkan sekumpulan lelaki memberikan hadiah kepada rakannya yang sedang bersanding atas pelamin.
Bagaimanapun, hadiah yang diberikan kepada pasangan pengantin itu bukanlah hadiah ‘biasa-biasa’, sebaliknya, hadiah berkenaan berupa beberapa kotak k*nd*m.
Hal ini tidak hanya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, malah melihat tindakan sekumpulan lelaki itu sebagai tidak beradap. “Lain kali jangan jemput sampah-sampah gini datang. Buat malu je. Kesian pulak tengok pengantin perempuan.”
“Nak bergurau, bukan dengan cara begini. Lawak hubungan kelamin suami isteri jangan sekali-kali disentuh. Tolonglah jangan mencari publisiti murahan sebegini. Kesian pengantin dan pasangannya. Jadi kawan, janganlah memalukan kawan sendiri. Tak ada duit, tak perlu beli hadiah.”
Susulan daripada isu berkenaan, pendakwah Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menegur perbuatan yang tidak molek.
Menerusi laporan Harian Metro, beliau menjelaskan bahawa pemberian hadiah tidak senonoh kepada pasangan pengantin hukumnya haram dan berdosa kerana menjatuhkan aib suami isteri, keluarga pengantin dan tetamu yang hadir.
Tambahnya, amalan seperti itu sepatutnya dihentikan kerana Nabi Muhammad SAW sendiri sangat memuliakan majlis perkahwinan.
Begitupun, memetik pula laporan mStar, difahamkan bahawa pengantin lelaki tidak terasa hati dengan tindakan rakan-rakannya itu.
Bagaimanapun, pengantin lelaki berkenaan menzahirkan permohonan maaf dan turut meminta maaf bagi pihak rakan-rakannya atas rasa tidak selesa masyarakat apabila melihat video berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.