Laman Utama

“Sekurang-kurangnya Kami Ada Ace” - Dr Say Sazril Reda Isteri Keguguran

gempak
Fiza Kamarudin
25/08/2020
14:29 MYT
Sponsor Banner
“Sekurang-kurangnya Kami Ada Ace” - Dr Say Sazril Reda Isteri Keguguran
Dr Say Sazril reda menerima ketentuan Illahi apabila kandungan isterinya yang berusia 12 minggu keguguran.
Menerusi hantaran di Instagram pada malam Isnin, Dr Say menganggap ia sebagai ujian dan ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
“Tak pernah langsung menjangkakan akan melalui kesedihan begini tetapi mungkin ini ada hikmah disebaliknyq.
“Mungkin ini petanda yang kami harus tumpukan perhatian kepada Ace terlebih dahulu,” katanya positif.
Dr Say Sazril reda menerima ketentuan Illahi apabila kandungan isterinya yang berusia 12 minggu keguguran. Dalam pada itu menerusi hantaran terbarunya hari ini Dr Say mengucapkan terima kasih kepada pengikut dan sahabat yang telah menitipkan ucapan takziah.
“Sekurang-kurangnya kami masih ada Ace. Terima kasih di atas ucapan takziah kalian.
“Yang paling menenangkan hati apabila doktor pakar beritahu kepada kami Allah dah aturkan segala yang berlaku.
“Saya tersangat akur dan reda serta berasa sangat tenang. Masa untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada Ace,” katanya.
Topik : Sekurang-kurangnya Kami Ada Ace Thank u sooo much atas warm wishes kalian semalam. It means a lot to me & wifey. Mungkin ada yg curious “macam mana janin tiba2 tidak bernyawa?” well pakar bagitahu 50% keguguran berlaku disebabkan condition janin itu sendiri & kebanyakannya berpunca daripada masalah genetik. Tambahnya keguguran teramat common almost hari2 ada kes keguguran bagai bread & butter dalam pekerjaannya. Yang paling menenangkan hati kami bila pakar beritahu “Allah dah aturkan segala yg berlaku. Mungkin kalau kandungan ini diteruskan & sekiranya lahir ada kecacatan, mungkin Say & Azura tak mampu nak hadapinya”. Bila mendengar ayat2 ini kami tersangat akur dengan apa yg berlaku. Apa yg sy perasan bila sy akur & redha dengan ketentuan ni, somehow sy berasa tersangat tenang. Kita sebagau lelaki mungkin tak dapat rasa 100% apa yg isteri kita rasai sebab mereka yg membawa sendiri kandungan tu. Tapi bila bini sedih sy selalu ingatkannya “At least we got each other & most importantly we got Ace. This is life. We have gone through a lot & this incident will definitely makes us stronger.” Masa tuk tumpukan perhatian yg lebih kepada Ace. Sekali lagi terima kasih atas doa & takziah kalian, sy & bini hargainya teramat sangat.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live