Pelakon Ozlynn akui lebih selesa sekiranya dapat mencari rezeki atas usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Menurut Ozlynn, kepuasan merasai duit yang dihasilkan daripada titik peluh sendiri adalah amat berbeza.

“Bila mama dah mula bekerja ada macam-macam rasa, seronok sebab dapat keluar setelah berbulan terperap, ada gaji sendiri. Sejujurnya aku memang tak reti duduk diam.

“Selagi boleh cari rezeki sendiri, buat. Jadi aku boleh guna duit tu ikut suka hati aku sendiri. Selalunya bagi mak, abah, popo, anak-anak, pembantu rumah, pembantu peribadi, pemandu, laki sendiri pun aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab faham aku, bagi aku peluang bekerja.

“Selalu duit aku bagi dia bawa anak-anak beli mainan atau game dan yang pasti mereka yang memerlukan pun ada bahagiannya,” kongsinya.

Dalam perkongsian yang sama, Ozlynn menyatakan dia juga berasa puas hati apabila hasil rezekinya dapat dimanfaatkan bersama orang-orang yang lebih memerlukan.

“Duit aku habis kadang tanpa aku dapat sesen pun, tapi aku puas hati sebab hasil usaha aku, dapat aku manfaatkan untuk orang sekeliling.

“Kadang salah satu sebab rezeki aku melimpah pun atas doa orang-orang yang aku tak terduga. Mungkin… Kita tak pernah tahu kan. Rahsia Dia. Jadi aku seronok bila dapat buat orang tarik nafas lega, buat orang tersenyum.

“Kadang kita boleh dapat rasa bila orang memerlukan kita. Paling seronok bila dapat bantu orang. Kadang jadi pendengar pun boleh buat orang lepaskan lelah apatah lagi dapat bantu dari segi keperluan dia.

“Maklumlah, sebab aku dengan suami pernah merasa kesusahan tu. Untuk berada di tahap sekarang bukan semudah yang disangka.

“Jadi kena sentiasa peka. Tak nak orang rasa macam mana kami rasa dulu… Tak banyak, sikit InsyaAllah ada bahagian orang lain. Tapi bukan dah berada ni baru nak berkongsi.

“Tips dia berkongsilah masa tengah diuji, jangan merungut. Jangan membeza-bezakan kehidupan orang dengan kita.

“Sebab kadang zahir yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka hadap. Seeloknya bersyukur dan berusahalah untuk memajukan diri.

“Jangan banyak alasan okay. Paling penting jaga diri, semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari musibah dan COVID. Amin,” tulisnya.

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya bersetuju dengan perkongsian Ozlynn mengenai pencarian rezeki.

“Ya. Betul tu. Saya sangat setuju apa yang @jozlynnhanania katakan. Yang utama sekali ikhlas. Kenikmatannya kemudian,” sokong @kak_sazlina

“Terima kasih untuk kata-kata semangat, selama ni inilah yang saya rasa fasal duit gaji tapi bila baca perkongsian ni ada betul juga,” komen @theyanwati

Sekadar info, Ozlynn dan Johan sememangnya terkenal sebagai selebriti yang sangat murah hati, gemar berkongsi rezeki dan tidak sombong.