Skip to main content

Berita Tempatan

"Selalu Kena Rampas & Kena Tarik Tiba-Tiba" - Yana Samsudin Kongsi Sebab Kenapa Anak Pernah Takut Bergambar

yanamateenbefunky-collage.jpg
Pelakon Yana Samsudin berkongsi sebab anaknya Aisy Mateen pernah berasa takut untuk bergambar.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram yang dibuat khas untuk Mateen.

Menurut Yana, ketika Mateen berusia sekitar 2 tahun, dia sering ditarik secara tiba-tiba oleh segelintir pihak untuk bergambar bersama dan perkara itu membuat dia berasa takut.

"Masa bayi, Mateen ok saja ambil gambar, bila dah setahun hingga 2 tahun, Mateen rasa tak selesa kalau orang nak ambil gambar dengan dia.

"Masa raya, dia selalu kena rampas atau kena tarik tiba-tiba untuk bergambar, lama-lama dia rimas dan menjadi takut.

"Now dah hampir 3 tahun, Mateen dah mula terbuka semula bila ada orang nak ambil gambar, minta izin dan cakap baik-baik dengan dia, dia akan beri kerjasama," tulis Yana sebagai kapsyen. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Masa bayi mateen ok je kalau nak bergambar. . . Bila dah setahun hingga 2 tahun mateen rasa tak selesa kalau orang nak ambik gambar dengan dia. Sebab masa raya dia selalu kena rampas atau kena tarik tiba tiba untuk di ambik gambar. . . Lama lama dia rimas dan jadi takut nak bergambar bila ada permintaan. . . Now dah hampir 3 tahun, mateen dah mula terbuka semula bila ada orang nak ambik gambar, minta izin dan cakap baik baik dengan dia , dia akan beri kerjasama. . . Now juga pantang mommy tengah posing nak ambik gambar dia terus masuk frame! Tak bagi can! . . Kalau dah posing banyak banyak, dia automatik akan cakap, " dah habis work eh? " -_-' mungkin dia ingat bergambar itu adalah salah satu pekerjaan. Dan dia dah pun bekerja! Hahaha. Haru.. nasib tak minta payment. #MateenDanMommy

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen) on


Yana dan suaminya Fadzil mendirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan dikurniakan Aisy Mateen yang kini berusia hampir mencecah 3 tahun.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement