Menerusi perkongsian di Instagramnya, Farid menghadiahkan sejambak bunga ros merah jambu, belon dan sekotak coklat buat Diana menerusi servis kiriman hadiah.
"Normally people will surprise you waktu malam, and you’d be more ready... but early morning surprise?!
"That is a first for me. I dont think I was fully awake for this.
"Thank you @faridkamilz, I was seriously caught off guard and there were real tears yang terkumpul (tapi pagi sangat so it didnt flow out)...
"And the kids took most of the chocolates before I could even count them.
"I love you and the kids and my mom and your parents and the entire family we have," tulisnya di Instagram.
Diana turut berkongsi sepotong video dia sebak dan hampir menangis ketika menerima kejutan terbabit.
Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Di kesempatan ini, kami mengucapkan selamat hari jadi buat pelakon cantik pujaan ramai ini, semoga terus meraih sukses!