Pelakon Mona Allen selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada jam 2.39 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Serdang, Selangor.

Mona bersyukur kerana dia dan bayi lelaki selamat dilahirkan sempena hari Kemerdekaan yang ke-65 hari ini.

“Alhamdulilah. Terima kasih atas doa kalian. Mommy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada jam 2.39 pagi tadi,” katanya.

Mona berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Menerusi laman sosial itu juga dia menerima banyak ucapan tahniah sempena kelahiran putera sulungnya.

Mona dan suami yang juga pelakon Pekin Ibrahim menanti empat tahun untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Terdahulu pasangan itu mengumumkan kehamilan Mona ketika berusia enam bulan.