Penyanyi dangdut Via Vallen selamat menikah dengan kekasihnya, Chevra Yolandi, hari ini.
Pasangan itu selamat menjadi suami isteri dalam acara akad yang dihadiri hanya 150 orang tetamudi Hotel JW Marriot, Surabaya, Jawa Timur.
Rasmi menyandang status isteri, penyanyi lagu Sayang tersebut berbicara mengenai perancangan hidupnya bersama Chevra.
Antaranya, pasangan penyanyi itu memberitahu mahu meraikan bulan madu mereka ke Manchester United (MU).
Hal itu untuk mewujudkan impian Via Vallen menonton perlawanan bola sepak dari pemain kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bermain untuk kelab MU.
“Dari dulu saya memang suka Ronaldo jadi kalau ke MU boleh tonton perlawanan Liga Inggeris sekali waktu berbulan madu,” ujar Via Vallen kepada media tempatan sewaktu sesi sidang media selepas selamat menikah.
Selain itu, Via Vallen mengaku tidak mahu merancang untuk menimang cahayamata. Malah, secara terbuka dia memberitahu ingin memiliki anak yang ramai.
“Saya mahu anak ramai, biar rumah tidak sepi,” kata Via Vallen sambil ketawa.
Namun, impiannya itu disambut oleh Chevra: “Tujuh lah ya (anak) dan kalau boleh biar cepat.”
Sebelumnya, Chevra menyerahkan mas kahwin dalam mata wang Euro bersama 157 gram emas, sesuai dengan tarikh pernikahan mereka iaitu 15.7.2022.
Maliah Surip
Fri Jul 15 2022


Azhan Rani Mohon Maaf Tersilap Balas Komen Peminat - “Tiada Langsung Sekelumit Niat Untuk Mempersenda”
Azhan tak sengaja la...

Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.