Menganggap rap sebagai muzik iblis, Kanye West nekad meninggalkan karier seni sebagai penyanyi rap.

Menerusi sebuah wawancara bersama seorang paderi, Kanye memberitahu mahu kembali ke pangkal jalan dan meninggalkan dunia rap.

Suami kepada Kim Kardashians itu berkata, rap adalah muzik iblis dan mahu fokus kepada lagu-lagu berunsur keagamaan dan ketuhanan.

“Saya sudah serik dengan kerjaya sebagai penyanyi rap. Saya sudah ada semua yang saya mahukan dan saya bersyukur.

“Saya berterima kasih kepada tuhan kerana memberi kemewahan dan bakat ini kepada diri saya,” katanya.

September lalu, Kanye memberitahu sudah berhenti menghasilkan muzik sekular dan serentak dengan itu dia turut mengumumkan mengenai single terbarunya ‘Jesus Is King’ yang akan dilancarkan pada bila-bila masa.