Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

Gempak
25/06/2024 17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.

Perkhabaran terkini itu dikongsikan pengurusan Selangor FC menerusi laman X rasmi pasukan pada Selasa malam.

Menurut kenyataan tersebut, kelab memohon penangguhan perlawanan tersebut selepas kes jenayah serangan asid kepada pemain sayap pasukan, Faisal Halim.

"Pihak Kelab mengambil maklum akan keputusan Malaysian Football League (MFL) tentang kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 10 Mei lalu.

"Untuk makluman, pihak Kelab telah memohon penangguhan perlawanan tersebut selepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei yang lalu, dan beberapa lagi insiden lain yang melibatkan pemain bola sepak tanah air, namun permohonan tersebut telah ditolak.

"Oleh itu, pihak Kelab sedang meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya," kata kenyataan itu.

BERITA TRENDING: Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

BERITA TRENDING: Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata

Berpandukan sebab-sebab berkenaan, Selangor FC membuat keputusan untuk mengambil tindakan seterusnya selepas denda daripada pengelola liga bola sepak Malaysia.

MFL dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Ahli Lembaga Pengarahnya secara sebulat suara memutuskan Selangor FC dikenakan denda sebanyak RM100,000.

Keputusan itu dibuat susulan pasukan itu tidak menghadirkan diri dalam perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu.

Selain itu, Selangor FC juga akan dikenakan pemotongan tiga mata, manakala pampasan kerugian akan ditanggung secara bersama antara Selangor FC dan JDT.

Bahkan, MFL juga mengumumkan Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera

BERITA TRENDING: Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024

BERITA TRENDING: MFL Sahkan Perlawanan Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan Walkover

#Viral #Altimet #Denda #Keselamatan #Selangor FC #Faisal Halim #Asid #Piala Sumbangsih #MFL