gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas 15 Tahun, Deep Purple Pilih KL Untuk Konsert Deep Purple Live in Malaysia
HIBURAN
Astro Kembali Program The Chosen One XTRA & Drama Jutawan Ekspres
FILEM
7 Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Islamik Thailand, Isan Nikah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Selepas 127 Tahun, Majalah Vogue Tampilkan Harry Styles Sebagai Lelaki Pertama Jadi Wajah Muka Depan!

Asraf Aided
Asraf Aided
18/11/2020
05:56 MYT
Sponsor Banner
Selepas 127 Tahun, Majalah Vogue Tampilkan Harry Styles Sebagai Lelaki Pertama Jadi Wajah Muka Depan!
Penyanyi kelahiran British, Harry Styles merupakan lelaki pertama menjadi wajah muka depan majalah fesyen tersohor Amerika, Vogue.
Memetik laporan The Guardian, itu merupakan pertama kali majalah tersebut menampilkan lelaki untuk muka depan mereka setelah 127 diterbitkan.
Berdasarkan tinjauan Gempak, imej muka depan untuk keluaran Disember 2020 itu juga telah dikongsikan pihak Vogue menerusi akaun rasmi Intagram mereka beberapa hari lalu.
Harry kelihatan menggayakan gaun berwarna biru cair bersama jaket berwarna hitam dari Gucci, perkara itu telah menarik perhatain ramai pihak sehingga ada yang bercakap mengenai isu maskuliniti dan pemakaian mengikut jantina.
Difahamkam, imej sebegitu dikatakan popular dalam kalangan generasi millenial dan Gen-Z yang setia mengikuti Vogue di negara itu.
Seorang pengkritik politik terkenal di Amerika, Ben Shapiro tampil menegur tentang imej itu dan mengatakan ia tidak melambangkan sifat maskulin seorang lelaki.
"Berpura-pura lelaki yang memakai pakaian wanita tidak menjadikan lelaki itu feminin adalah satu perkara yang mengarut, terutamanya dari orang yang sama yang menyokong Harry Styles kerana dia telah menjadikan maskulin itu feminin," tulisnya menerusi Twitter.
View this post on Instagram
A post shared by Vogue (@voguemagazine)
Pretending that men dressing like women does not feminize men is ridiculous, particularly coming from the same people who are celebrating Styles BECAUSE he is feminizing masculinity.
— Ben Shapiro (@benshapiro) November 16, 2020
Ini bukan pertama kali Harry menggayakan fesyen 'berani' sebegitu kerana dia pernah memakai gaun hitam dari Commes Des Garcons untuk muka depan Guardian Weekend sebelum ini.
Menurut Harry, pemilihan pemakaian sebegitu tidak melambangkan orientasi seksual dirinya, tetapi hanya kerana ia kelihatan menarik dan cool.
Sumber : The Guardian Kredit Foto : Instagram - Vogue (@voguemagazine)
Topic Berkaitan
#Vogue
#Harry Styles
#Amerika
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement