Penyanyi bersuara manja, Elizabeth Tan atau Lizzy tampil memperkenalkan muzik video lagu terbaharunya kepada netizen di media sosial hari ini.
Dalam status terkini penyanyi itu di Instagramnya, @elizabethtsm, dia memuat naik muzik video lagu terbaharunya berjudul Semua Sudah tapi ia cuma 'teaser' saja.
"#SemuaSudah MV, Sabtu ni," katanya ringkas dalam status terkininya itu yang memberitahu muzik video itu akan muncul pada 11 Januari ini jam 8 malam.
Lizzy sebelum ini berkongsi tarikh 14 Disember tahun lalu sebagai hari pelancaran single terbarunya itu.
Selepas lagu popular seperti Setia, Knock-Knock dan Police Entry, naskhah terbaru Lizzy kali ini juga dinantikan ramai peminatnya.
Menariknya, dalam 'teaser' muzik video lagu terbaharunya itu, dia tampil dengan gaya menggoda.
Netizen juga tampil memberi komen dalam status sama yang menyatakan sokongan pada penyanyi kesayangan mereka itu.
"Yazzzzzz.. finally.. this song very nice from you," kata netizen dikenali sebagai @sheikhazmiiii.
Netizen @aintajudin pula menyatakan dia tidak sabar untuk menonton muzik video tersebut.
Teks oleh: Elrafaei Sapi