Berita

Selepas 2 Minggu Bedah 'Ikat' Perut, Abby Abadi Dah Turun 5 KG

gempak
ZULHILMI JALIL
13/08/2020
04:53 MYT
Sponsor Banner
Selepas 2 Minggu Bedah 'Ikat' Perut, Abby Abadi Dah Turun 5 KG
Pelakon Abby Abadi berkongsi berita gembira apabila proses pembedahan bariatric atau 'ikat' perut mula menunjukkan perkembangan positif.
Menurut Abby, berat badannya sudah mula menunjukkan penurunan selepas dua minggu melalui proses pembedahan tersebut.
"Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil.
"Pembedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya. Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan," katanya menerusi satu entri di Instagram.
@dr.mustafamt haaiii ??‍♀️??‍♀️ Puan Sri @rafeahariffin hello hihi ? Salam Dari Dataran Pahlawan Melaka ? . Walaupun dah 2minggu, baru turun 5kg Dr, Puan Sri.. tp nak posing jugak sbb badan rasa kurang lemak2 degil dah haha.. Nak cerita juga yg baju ni beli kat Singapore masa sibuk event was end of last year/early this year.. tp masa tu beli tak try, balik KL.. bila nk pakai nk gi jalan, takleh butang ??? skrg dah bulehhh dahh.. yeeeha Jeans tupun sama.. beli tak try, main agak2.. harini baru buleh pakai..Aauuummmmm ? . "Bariatric Surgery" memang bantu menceriakan hari2 Sy Dr/Puan Sri.. Semoga yg diluar sana, yg berat atas 80, 100kg terutamanya dgn berbagai2 penyakit.. buatlah.. usahakan. Terus DM Dr Mustafa atau isterinya Puan Sri Rafeah bincang dulu. Pasti ada jalannya . Follow tau IG Dr. Pastu teruja.. ? . Okbai nk sambung jalan lagi di Melaka ni.. ?
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Bahkan, dalam entri tersebut, Abby memuat naik gambar terkini dirinya yang sudah mula boleh memakai baju-baju lama.
"Nak cerita juga yang baju ni beli di Singapura masa sibuk dengan acara hujung tahun lepas, tapi masa itu beli tak cuba dulu, balik KL, bila nak pakai tak boleh butang.
"Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-ahak, hari ini baru boleh pakai," katanya yang gembira dengan perkembangan positif selepas melakukan pembedahan tersebut.
Sebelum ini, Abby mengakui dia terpaksa melakukan pembedahan ikat perut demi mengelakkan masalah berat badannya yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg.
BACA: “Menakutkan, Duduk Diam Pun 190/110” - Darah Tinggi Antara Sebab Abby Abadi Jalani Pembedahan Bariatric
Bahkan, sebelum itu, Abby juga pernah meluahkan hasratnya untuk menurunkan berat badan selepas suaminya memintanya untuk menjaga kesihatan.
BACA: Suami Bagi Hint Suruh 'Jaga' Diri, Abby Abadi Nak Turunkan 22 KG
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live