Pelakon drama veteran Mak Wan Latah diceraikan oleh suaminya, Husain Dolah, 74, selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Husain telah melafazkan talak satu terhadap Mak Wan, 61, dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Khamis.

Husain selaku plaintif telah hadir ke mahkamah ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan. Difahamkan, pelakon berusia 61 tahun itu tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Menurut peguam yang mewakli Husain , pihak mereka telah memfailkan permohonan penceraian pada 24 Mac 2022 lalu kerana masalah peribadi .

“Kes penceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) juga adalalah sebutan pertama malah pihak kami telah memfailkan penceraian pada 24 Mac dan telah membuat serahan kepada Mak Wan pada 5 April lalu” jelas Husna.

“Tetapi Mak Wan tidak dapt hadir ke makhamah pada hari ini dan dia kena memaklumkan kepada makhamah dengan alasan munasabah”‘ jelasnya lagi.

Dalam pada itu , tiada penjelasan daripada pihak Mak Wan berkenaan dakwaan tersebut dan masih belum membuat sebarang penyataan buat masa ini malah tidak dapat dihubungi kerana mungkin tidak mahu mempersulitkan keadaan.

Gempak ada menghubungi Mak Wan namun belum menerima maklum balas daripada pelakon wanita itu.

Untuk info, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 22 January 2022 lalu di Pejabat Agama Islam Perak dan pada minggu seterusnya majlis persandingan telah dilakukan di Kuala Pilah Negeri Sembilan .

Mereka yang pernah berkongsi bahawa perkahwinan kali ini adalah untuk menjadi pendamping pasangan masing-masing dihari tua dan Mak Wan dikhabarkan telah berpindah ke Kuala Pilah untuk tinggal bersama suaminya itu.

Sumber: mStar