Laman Utama

Selepas 6 Bulan Berkahwin, Haqiem Rusli Bawa Isteri Bulan Madu Di Turki - “Justin & Hailey Bieber Malaysia”

Azwa Rahman
15/05/2022
09:34 MYT
Penyanyi Haqiem Rusli ‘terbang’ ke negara Turki membawa isteri, Anis Sofea berbulan madu buat pertama kalinya.
Menerusi laman sosial Instagram, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 24, memuat naik momen mereka berdua ketika bersiar-siar di bandar Istanbul untuk tatapan umum.
“Bulan madu pertama kami,” tulis Haqiem di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Haqiem dan Anis atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20, mengenakan pakaian sedondon berwarna putih.
Sementara itu di ruangan komen, ramai peminat menitipkan ucapan selamat berbulan madu buat pasangan pengantin muda tersebut.
Malah aksi mereka berdua turut mendapat gelaran sebagai Justin dan Hailey Bieber versi Malaysia oleh para peminat.
“Sweetnya pasangan ni, nice,” komen seorang wargamaya.
“Finally dah boleh pergi honeymoon,” ujar seorang wargamaya.
“Semoga berbahagia till jannah,” kata seorang wargamaya.
“Woo syokkk oo bercuti di Turki,” tulis seorang wargamaya.
“Lebih banyak kebahagiaan suami berikan pada isteri dalam rezeki yang berkah, moga lebih banyak dapat ganjaran pahala suami,” pesan seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Haqiem berkahwin dengan Sofea dalam sebuah majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kita Ketawa, Menangis & Kadang-Kadang Bertengkar”- Isteri Haqiem Rusli

gempak
18/06/2024
06:55 MYT
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memberi ucapan istimewa buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke 26 tahun baru-baru ini.
Hiburan

Anis Sofea Sambut Hari Jadi Ke-22, Peminat Tanya - “Gambar Celebrate Dengan Haqiem Takda Ke?”

gempak
13/02/2024
23:55 MYT
Isteri kepada Haqiem Rusli, Anis Sofea baru sahaja memasuki usia 22 tahun pada 12 Februari lalu
Laman Utama

Haqiem Rusli Boleh Dengar 20% Sahaja Sebab Gegendang Telinga Kiri Luka - “Punca Dia Sebab…”

gempak
29/10/2023
04:50 MYT
Semoga lekas sembuh
Laman Utama

Individu Bangangkan Haqiem Rusli & Isteri ‘Dibantai’ Netizen: “Tak Suka Boleh Keluar”

gempak
25/10/2023
23:50 MYT
Kesian Haqiem dan Anis
Laman Utama

“Saya Tak Pernah Kecam Orang Tapi Ini Memang Bodoh” - Haqiem Rusli

gempak
05/10/2023
02:55 MYT
Memang geram tengok video tu!