Setelah enam bulan melahirkan sepasang anak kembar yang diberi nama Sir dan Rumi ,penyanyi antarabangsa Beyonce dikhabarkan mahu hamil lagi.

Menurut seorang sumber, dek kerana banyak menghabiskan masa bersama si kembar dan anak sulungnya, Blue Ivy, 6, membuatkan Beyonce terfikir untuk hamil lagi.

"Beyonce semakin 'baby fever',"kata sumber tersebut.

Tambah sumber tersebut, bagaimanapun ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana Beyonce kini sibuk dengan persiapan konsert festival Coachella tahun ini.

Malah, usaha Beyonce untuk mempunyai anak lagi mungkin mengambil masa lama lagi kerana bekas bintang Destiny's Child itu juga merancang untuk melancarkan album baru tidak lama lagi.

Sumber: Stylecaster