Laman Utama

Selepas Beberapa Hari, Gwen Stefani Akhirnya Kongsi Foto Hari Bahagia

gempak
Asraf Aided
06/07/2021
14:40 MYT
Sponsor Banner
Selepas Beberapa Hari, Gwen Stefani Akhirnya Kongsi Foto Hari Bahagia
Selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Julai baru-baru ini, akhirnya penyanyi popular Hollywood, Gwen Stefani mula berkongsi foto hari bahagianya itu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Perkara sama dilakukan oleh suaminya, Blake Shelton menerusi platform media sosial berkenaan.
Dalam salah sebuah entri, Gwen menulis kapsyen ringkas yang cukup menggambarkan dirinya sedang bahagia.
"3 Julai 2021, mimpi jadi kenyataan, Blake Shelton, I love you," tulisnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ribuan pengikut Gwen yang rata-ratanya gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.
Gwen memakai gaun putih labuh sementara Blake mengenakan sut hitam bersama kemeja putih di dalam.
Sementara dalam entri berlainan, Gwen berkongsi foto mengenakan gaun putih singkat rekaan Vera Wang dipadankan bersama but dalam konsep gaya yang lebih 'chic' dan ringkas.
"Kalau nak kahwin Blake Shelton, mesti kena ada 'party dress'" tulisnya.
Untuk rekod, perkahwinan ini adalah yang ketiga buat Blake dan kedua untuk Gwen.
Blake pernah berkahwin dengan Kaynette Gern dan Miranda Lambert sebelum ini.
Gwen pula berpisah dengan bekas suaminya, Gavin Rossdale pada Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup, Gwen dan Gavin memiliki tiga cahaya mata lelaki iaitu Kingston, Zuma dan Apollo.
Gwen dan Blake mula mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum pada tahun November 2015.
Mereka mula berkenalan sejak sama-sama terlibat dalam program The Voice. Memandangkan masing-masing pernah berhadapan kekecewaan dan kegagalan rumah tangga ketika itu, mereka menjadi rapat dan saling menyokong antara satu sama lain.
BACA: Lambang Cinta, Blake Shelton Kahwini Gwen Stefani Dalam Gereja Khas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live