,
Viral

Selepas Diserang Netizen Malaysia, Wartawan The Telegraph Mohon Maaf Sebab Kritik Nasi Lemak

Amri Hassan
17/01/2020
03:17 MYT
Kuasa netizen! Selepas mendapat kecaman di media sosial gara-gara mengkritik nasi lemak sebagai hidangan paling teruk, wartawan The Telegraph, Katie Morley memohon maaf.
Kata Morley, dia tidak berniat untuk memperkecilkan atau menghina nasi lemak yang dianggap hidangan kebangsaan Malaysia.
Sebaliknya, penilaian itu dibuat berdasarrkan cara hidangan itu disediakan dalam penerbangan British Airways (BA).
"Ramai rakyat Malaysia menghubungi saya dan memberitahu nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan yang popular.
"Saya tidak pernah merasai masakan itu sebelum ini dan tidak berniat menghina mana-mana pihak.
"Seperti yang telah dinyatakan, saya dihidangkan dengan versi yang kurang baik oleh BA.
"Saya pasti ia sedap dan berharap dapat cuba masakan yang sebenar satu hari nanti!" tulisnya dlm satu ciapan di Twitter malam tadi. Sebelum ini, Morley mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan BA dalam satu penerbangan yang mengambil masa selama 13 jam.
"Kari ayam dengan telur rebus, ikan bilis berlendir. Kebiasaan saya menyukai makanan dalam pesawat, tetapi ini adalah 0/10," tulisnya. Ia mengundang kemarahan netizen khususnya dari Malaysia dan menganggap Morley tidak peka serta sensitif dengan makanan kegemaran masyarakat di Asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni