Penyanyi popular Indonesia, Mulan Jameela meluahkan rasa dukacitanya terhadap kejadian pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas di Sumatera pada awal pagi semalam.

Luahan itu dibuat menerusi ruangan Instagram Story milikya.

Menurut Mulan, rakyat Indonesia telah menerima pelbagai musibah dan dugaan sejak kejadian gempa dan tsunami yang berlaku beberapa kali sejak Julai lalu, dan kini mereka dikejutkan dengan berita nahas pesawat yang melibatkan lebih 180 penumpang.

"Gempa datang silih berganti, dan terbaru, pesawat yang dinaiki lebih 180 penumpang telah terhempas.

"Ya Allah, ampuni kami dan selamatkan Indonesiaku ini," tulisnya.

Menurut pihak berkuasa di Indonesia, pesawat terbabit telah terputus hubungan setelah 13 minit berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang di Sumatera dan telah disahkan terhempas oleh agensi mencari dan menyelamat tempatan.