gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘Rezeki Last Minute’ Hael Husaini, Siti Nurhaliza Hadir Meriahkan Konsert Sulung - “Dia Contact Kata…”
BERITA
Ribuan Hadir Himpunan Solidariti Untuk Zara Di Sabah, Desak Siasatan Menyeluruh
HIBURAN
Video ‘Mic Drop’ Curi Tumpuan Netizen, ‘Pocket Rocketman’ Bakal Bergelar Penyanyi? - “Datuk Dah Tukar Career Ke…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Selepas Hampir Seminggu ‘Kunci Mulut’, Bella Astillah Akhirnya Bersuara - “Saya Pilih Untuk…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
09/08/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Selepas Hampir Seminggu ‘Kunci Mulut’, Bella Astillah Akhirnya Bersuara - “Saya Pilih Untuk…”

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa syukur selepas menerima satu anugerah di sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Menurut Bella, meskipun pelbagai perkara berlaku pada malam tersebut dia memilih untuk melihat sisi positif dan menganggapnya sebagai pengalaman berharga.
“Alhamdulillah syukur, terima kasih atas penghargaan ini.
“Pelbagai rasa namun saya tetap anggap ia satu pengalaman yang luar biasa dan akan dikenang. Selepas hampir seminggu refleksi dan mendengar semua sisi, saya pilih untuk fokus kepada kebaikan malam itu dan melangkah ke hadapan,” tulisnya.
Dalam masa sama, Bella turut menegaskan bahawa kasih sayang dan sokongan daripada keluarga, sahabat, peminat setia serta pihak label menjadi hadiah paling bermakna buat dirinya.
“Tapi walau apa pun, sebenarnya kasih sayang dan sokongan anda semua tetap menjadi hadiah paling bermakna buat saya. Tak lupa terima kasih keluarga, sahabat, fans kesayangan dan label saya,” tambahnya.
Terdahulu, Bella dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq berjaya merangkul Anugerah Selebriti Couple Goal Terhangat.
Bagaimanapun, momen penyanyi, Bella Astillah menyampaikan trofi kepada aktres Sophia Albarakbah dalam sebuah majlis anugerah mendapat perhatian ramai apabila kedua-dua selebriti itu dilihat penuh janggal.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat agak kurang selesa ketika mengumumkan pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat, yang akhirnya dimenangi oleh Sophia.

Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#Anugerah
#Sophia Albakrabah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement