Laman Utama

Selepas Hidap COVID-19 Kali Kedua, Isteri Baim Wong Akhirnya Sembuh

gempak
Asraf Aided
28/05/2021
07:15 MYT
Sponsor Banner
Selepas Hidap COVID-19 Kali Kedua, Isteri Baim Wong Akhirnya Sembuh
Isteri selebriti popular Indonesia Baim Wong, Paula Verhoeven dilaporkan sembuh daripada wabak COVID-19 yang dihidapi kali kedua baru-baru ini.
Memetik laporan Liputan6, Paula yang juga pelakon dan model itu disahkan positif wabak berkenaan selepas melakukan ujian saringan pada 18 Mei lalu.
Sebagai seorang ibu, semestinya Paula amat merindui satu-satunya anak mereka, Kiano Tiger Wong, 2, sepanjang menjalani tempoh kuarantin.
Meskipun menjalani kuarantin sebumbung dengan anaknya itu, namun Paula patuh dan hanya berhubung menerusi panggilan video sahaja.
"Empat hari saya tak bertemu Kiano, rasa rindu sangat nak peluk dia.
"Kata Baim, Kiano gembira sahaja bermain seorang diri," katanya.
Setelah disahkan negatif, Paula masih bertanya doktor untuk mendapatkan kepastian sama ada dia bebas keluar ataupun sebaliknya.
"Doktor cakap sepatutnya dah boleh keluar, sebab sudah negatif dan tidak mempunyai sebarang gejala," katanya lagi.
Terdahulu, Paula dilaporkan positif COVID-19 kali pertama pada Mac tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live