Laman Utama
“Selepas Pemergian Ibu…”- Masih Bermuram Duka, Aaron Aziz Syukur Isteri Sabar Melayan Kerenahnya
Aktor Singapura, Aaron Aziz bersyukur kerana isterinya, Diyana Halik sabar melayan kerenah serta emosinya yang tidak menentu selepas pemergian ibu tercinta.
Sempena hari jadi Diyana, Aaron mengucapkan terima kasih serta memberikan ucapakan khas buat isterinya.
“Happy Birthday Dar (isteri). Terima kasih kerana menjadi seorang yang sangat penyabar. Selama ini awak melayani segala kerenah saya yang tidak menentu.
“Mungkin selepas pemergian arwah Mummy, saya masih bermuram duka dan tiada mood untuk lakukan apa sahaja tapi awak masih sabar melayan.
“Moga Allah balas awak dengan syurga kerana sentiasa menjadi seorang yang penyayang, penyabar dan penyelamat saya. Love you to the moon and back for eternity,” katanya.
Aaron berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video Ketika membuat kejutan buat isterinya sempena hari jadi itu.
Istimewanya, Aaron menghadiahkan sebuah kek yang didekorasinya sendiri.
Ibu Aaron, Allahyarham Juriana Jaafar meninggal dunia pada November tahun lalu disebabkan serangan jantung.
Must-Watch Video