Penyanyi The Weeknd dilaporkan mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan bekas kekasihnya, Bella Hadid.

Menurut laporan Daily Mail, The Weeknd dikatakan mahu memperbetulkan keadaan dan memohon maaf diatas apa yang berlaku sebelum ini bersama Bella Hadid.

"The Weeknd tidak mahu bermusuh lagi dengan bekas kekasihnya kerana ingin memperbetulkan keadaan sebelum ini yang terjadi suatu ketika dahulu.

"Dia juga telah mendapat inspirasi untuk kembali berbaik semula apabila kekasihnya, Selena Gomez dilaporkan telah berbaik semula dengan penyanyi Justin Bieber baru-baru ini.

"Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk mereka melupakan apa yang berlaku dahulu dan mulakan hidup baru sebagai sahabat baik," kata sumber.

The Weeknd dan Bella Hadid pernah menjalinkan hubungan cinta selama setahun sebelum berpisah pada November tahun lalu.

Sumber: Daily Mail