Hollywood
Selepas Setahun Berkahwin, Justin Bieber & Hailey Baldwin Bakal Diraikan Dalam Majlis Resepsi Hari Ini!
Setelah setahun disatukan dengan ikatan yang sah, penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber akhirnya bakal mengadakan resepsi bersama pasangannya Hailey Baldwin hari ini (waktu tempatan).
Memetik laporan HollywoodLife, Justin dan Hailey mahu mengadakan majlis mereka itu secara besar-besaran.
Sejak kebelakangan ini, Justin dan Hailey banyak mengimbas kembali momen-momen menarik sepanjang perkenalan mereka sejak zaman remaja.
"Sebelum ini, Justin pernah bercinta dengan penyanyi Selena Gomez, Hailey pula pernah menjalinkan hubungan bersama Shawn Mendes.
"Namun begitu, hubungan mereka kembali bertaut dan mengikat tali perkahwinan pada tahun lalu," tulis sumber.
Majlis resepsi pasangan popular ini bakal berlangsung beberapa jam sahaja lagi di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.Sudah tentu ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikannya!
Sumber : hollywoodlife.com
Must-Watch Video