HIBURAN
Selepas Tewas 38 Saat Lawan El Rumi, Pengakuan Lama Jefri Nichol Makan B*bi Untuk Persediaan Boxing Tular Semula
Temu bual lama pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol, yang mengaku memakan daging babi sebagai persediaan menentang El Rumi dalam perlawanan tinju tahun lalu, kembali tular di media sosial.
Menerusi rakaman program podcast bersama hos Vincent dan Desta, bintang filem Ali Topan itu mendedahkan dia perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram bagi menyamai berat El Rumi.
“Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi,” katanya sambil mengakui menganut agama Islam, sekali gus membuat suasana di studio menjadi janggal.
Pengakuan tersebut kembali menjadi perhatian selepas Jefri tewas kepada El Rumi hanya dalam tempoh 38 saat pada pertarungan Super Knockout Vol.3 di Jakarta International Convention Center (JICC), Sabtu lalu.
Pertarungan itu merupakan kali kedua mereka bersemuka di gelanggang selepas aksi pertama pada November 2024 yang turut memihak kepada El Rumi.
Susulan kekalahan itu, ramai netizen mempersoalkan usaha Jefri yang sanggup melakukan perkara sedemikian demi menambah berat badan.

“Ada tengok podcast yang Jefri nak naikkan badan dia untuk kalahkan El, so dia makan babi, Ko serius la Meera pilih dia wey. Macam banyak red flag dari green flag je.
“Makan babi gone in 38 seconds,” komen beberapa pengguna.
Namun, tidak semua berpandangan negatif, ada juga yang mempertahankan Jefri dengan menyifatkan ia pilihan peribadinya.
“Itu hak dia nak makan apa pun. Toksah masuk campur. Mind your own business.
Meski mengaku bingung dengan keputusan perlawanan tersebut, Jefri akur dan menerima kekalahannya kepada anak penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani itu.
Sumber: Threads
Must-Watch Video