,
gaya hidup

Selesa dan Gembirakan Anak-Anak di RUMAH Sendiri Supaya Mereka Tak Cari Keseronokan di Rumah Orang.

Afiza Kamarulzaman
14/12/2020
14:32 MYT
Rumah adalah pusat kehidupan pertama anak-anak. Di situlah tempat mereka membesar, belajar, mengenali pelbagai benda, berkasih-sayang, bermain dan sebagainya sehinggalah mereka besar panjang. Disebabkan itulah orang selalu kata, keperibadian seseorang itu bermula dari rumah.
Apabila berlaku seesuatu yang tidak baik kepada anak, jangan ditunding jari pada pihak sekolah atau kawan-kawannya, sebaliknya kaji balik di mana silapnya pada diri sendiri sebagai ibu bapa. Apa kurangnya di rumah sendiri sehinggakan ia tidak mampu mengikat anak-anak untuk kekal aman di dalamnya?
Jadi, sebagai ibu dan ayah menjadi tiang seri sesebuah rumah, kendalikan ia sebaik mungkin. Bukan maksudnya, kita perlu membina rumah bak mahligai sehingga di dalamnya dipenuhi perabot mahal-mahal tetapi yang penting bagaimana kita ‘mengimarahkan’ rumah itu. Pengisian dan ‘roh’ di dalam rumah itu yang utama.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Menjadikan Rumah ‘Syurga’ Buat Anak?
  • Lengkapkanlah keperluan anak-anak di rumah. Seeloknya, dapatkan setiap anak satu bilik tidur mereka sendiri agar ada ruang privacy setiapnya. Tidak perlu besar, asalkan ada ruang pemisah untuk adik-beradik.
  • Janganlah biarkan rumah sunyi tanpa komunikasi dan perbualan antara isi rumah. Jangan jadikan gajet sebagai jurang antara kalian. Jika tidak dapat selalu, dapat sekali sehari pun memadai untuk berkumpul dan berbual mesra.
  • Jangan jadikan rumah seperti ‘asing’ kepada anak-anak. Biarkan mereka rasa itu rumah mereka. Beri juga peluang untuk anak-anak berkongsi idea menghias atau berbuat sesuatu ke atas rumah itu agar ada rasa ‘kekitaan’ di dalamnya.
  • Solat jemaah, makan bersama dan melakukan hobi bersama antara aktiviti yang sangat baik untuk diamalkan di dalam rumah. Cubalah perlahan-lahan, ia pasti memberi kesan positif.
  • Cukupkan juga makan minum anak-anak supaya mereka tak perlu mencari di luar. Perut yang kenyang pasti membuat anak-anak sejahtera di rumah. Sesekali, masaklah menu yang digemari mereka.
  • Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih. Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
  • Jadikan rumah sebagai ruang yang sangat peribadi untuk keluarga. Jangan semudahnya membenarkan orang tidak dikenali masuk ke dalamnya dan berbuat sesuka hati. Kita boleh menjemput ahli keluarga dan kenalan ke rumah tetapi pastikan ada batasnya agar anak-anak kekal selesa sepanjang masa.
  • Jangan sesekali benarkan anak-anak biasa tidur di rumah orang kalau bukan dengan alasan munasabah.
  • Jangan bagi anak berasa takut atau rimas ketika berada di rumah lantaran sikap mak ayah yang mungkin baran atau suka bergaduh. Cuba elakkan bertikam lidah di depan anak-anak. Selesaikan baik-baik di bilik sendiri atau di luar rumah sahaja.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Dia Mula Melakukan Hubungan Kali Pertama Ketika Berumur 16 Tahun. Gila!"

gempak
14/12/2020
03:48 MYT
Didik anak kita dari awal. Jangan menyesal di kemudian hari.
gaya hidup

“Kita Mak Ni Tak Boleh Perintah-Perintah. Jangan Pasal Kita Ikut Nafsu, Anak Pula Jatuh Derhaka.” – Mak Mentua

gempak
05/12/2020
14:30 MYT
Pelbagai andaian mengenai sikap dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh anak terhadap ibunya walau sudah berkahwin. Tetapi falsafah dan pendirian ibu ini membuka kotak fikir untuk melihat dari sisi lain yang tidak pernah terfikir dek akal.
Highlights

“Bukan Soal Kemas, Bersih... Tapi DISIPLIN.” Wanita Ini Kongsi Rutin Arwah Emak Yang Diperhatikan Sejak Kecil.

gempak
26/11/2020
15:00 MYT
Mungkin ketika masih kecil, kita beranggapan ia bukanlah suatu perkara yang menarik. Biasa-biasa saja. Tetapi percayalah, rutin yang dilakukan ibu sepanjang kita membesar itulah akan terakam kemas dalam memori dan tidak mustahil untuk diikuti.
Highlights

Ibu Ayah Bertukar Jadi ‘Singa’, ‘Naga’ Dan Lain-Lain Sebab Ajar Anak Dirumah? Sabar, Ingat Janji Allah Ini.

gempak
13/11/2020
14:52 MYT
Maklum sajalah, jika dahulu semasa PKP dan kini PKPB ibu bapa yang ambil alih tugas mengajar anak-anak. Tetapi sematkan dalam minda, semua itu Dia akan ganjarkan pahala buat kita yang tekun dan sabar mendidik mereka.
Highlights

Seronoknya Dapat Masuk RUMAH BARU, Buatlah Perkara Ini Agar ‘Sejuk’ Rumah Nanti – Doa, Kenduri, Raikan Tetamu...

gempak
17/08/2020
10:23 MYT
Memiliki rumah idaman adalah impian setiap orang. Iringilah keterujaan masuk ke rumah baru dengan amalan yang dapat membuatkan kamu rasa tenang dan ‘sejuk’ setiap kali berada di dalamnya. Apakah amalan dan petuanya?