Laman Utama

Selesai Suntik Dos Pertama Vaksin, Ayda Jebat Pesan Elak Kongsi Video Menangis - "Gunakan Platform Media Sosial Anda Sebaik Mungkin"

gempak
Zulaikha Yusof
12/07/2021
07:55 MYT
Sponsor Banner
Selesai Suntik Dos Pertama Vaksin, Ayda Jebat Pesan Elak Kongsi Video Menangis - "Gunakan Platform Media Sosial Anda Sebaik Mungkin"
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29, menyatakan dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima dos pertama vaksin.
Difahamkan, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerima vaksin jenis Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin Sunway Pyramid Convention Centre pada Khamis.
"Ibu mengandung setakat ini alhamdulillah saya tiada sebarang side effect selepas ambil vaksin.
"Doa yang baik, insya-Allah yang terbaik buat kamu dan baby. Jaga diri, jaga baby dan dapatkan vaksin," tulisnya.
Selain itu, pelakon drama Cindai ini mengingatkan kepada penerima vaksin untuk tidak menakutkan individu lain dengan memuat naik video menangis ketakutan.
"Yang takut jarum, tolong jangan menakutkan orang yang sudah sedia takut untuk ambil vaksin dengan upload video menangis meraung sebab takut.
"Galakkan mereka untuk ambil vaksin! Walaupun takut, tetap vaksin! Gunakan platform media sosial anda sebaik mungkin.
"Apalah sangat sakit kena jarum. Ditinggalkan kekasih lagi sakit kan? Tambah sakit parah lagi bila dah putus tapi masih cinta," tulis Ayda sambil seloroh.
Dalam pada itu, pelantun lagu Temberang turut berkongsi langkah-langkah pendaftaran bagi mendapatkan vaksin dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
"Saya tak kata ikut cara ini confirm dapat! Tapi ini usaha saya buat dan beberapa orang buat yang dapat jadi saya kongsikan.
"Tolong semak My Sejahtera setiap hari, mana tau rezeki dapat temujanji," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live