"With the legend, Datuk Seri Siti Nurhaliza," demikian ringkas saja kapsyen selebriti masakan bersama penyanyi nombor satu negara ketika menghadiri acara anugerah pada Khamis.

Siti juga sempat memuji Khairul Aming menerusi selfie yang dimuatnaik di ruang Instagram Storiesnya dengan kapsyen berbunyi; "Muda dan usahawan berjaya. Tahniah Khairul Aming."

BERITA TRENDING: Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare…

Namun, apa yang lebih menarik apabila peminat dan warganet meminta agar Khairul Aming dan Siti Nurhaliza kembali berkolaborasi untuk konten masakan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Legend with legend in the making.

"Dua-dua layak dipanggil influencer sebab mampu influence masyarakat kepada benda positif.

"Teringat 30 Hari 30 Resepi Ramadan KA dulu ada buat surprise featuring Siti Nurhaliza masak Cheesecake Tanpa Guna Oven ?

"This year nak request collab lagi pleaseee," tulis beberapa warganet.

Untuk rekod, konten video penyediaan hidangan cheesecake tanpa guna oven menerusi 30 Hari 30 Resepi Ramadan pernah mencipta fenomena apabila ditampilkan suara emas Siti Nurhaliza.

PILIHAN PEMBACA: Faizal Tahir 'Muncul' Dalam Video Masakan Khairul Aming - "Tapi Sampai Sekarang Saya Tak Dapat Ambil…