Teka-teki terjawab! Selepas kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK dan penyanyi pop Selena Gomez mengumumkan kolaborasi mereka pada 12 Ogos lalu, kini judul lagu mereka pula didedahkan.

BLACKPINK, menerusi satu entri di akaun Twitter rasmi mereka, mengumumkan tajuk lagu baharu berkenaan pada Jumaat.

Menerusi poster yang disertakan dengan ciapan tersebut, “Ice Cream” dipilih sebagai tajuk lagu yang bakal dikeluarkan pada 28 Ogos ini.

Sementara itu, Selena juga memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram peribadinya dengan kapsyen “"Ice Cream @blackpinkofficial SELPINK IN YOUR AREA soon... August 28."

Ice Cream ? @blackpinkofficial ?SELPINK IN YOUR AREA soon... August 28

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on


Sebelum ini, BLINKs (nama fandom BLACKPINK) membuat spekulasi bahawa tajuk lagu hasil kolaborasi gadis-gadis jelita ialah Ice Cream.

Ini kerana BLINKs teringat akan gambar-gambar yang dikongsikan kuartet BLACKPINK di laman Instagram beberapa minggu yang lalu.

BLACKPINK sebelum ini pernah menjalinkan kolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss and Makeup dan juga Lady Gaga dengan lagu Sour Candy.