gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
VIRAL
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
HIBURAN
Diana Danielle Sebak, Akui Perit Rasa Kehilangan ‘Bestfriend’ Dalam Perkahwinan - “Itu Titik Terendah Dalam Hidup Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Semakin Tua & 'Hilang Selera' Bersolek! Ini Sebab Pamela Anderson Tampil Polos Di Paris Fashion Week

Maliah Surip
Maliah Surip
06/10/2023
14:41 MYT
Sponsor Banner
Semakin Tua & 'Hilang Selera' Bersolek! Ini Sebab Pamela Anderson Tampil Polos Di Paris Fashion Week
Bintang sensasi Hollywood, Pamela Anderson kini tidak lagi kisah untuk berada di depan umum dengan wajah tanpa solekan atau glamor seperti sekitar tahun 90-an.
Anderson, 56, dilihat hampir tidak mengenakan sebarang solekan sewaktu muncul di Paris Fashion Week.
Ternyata selain sedang meraikan peningkatan usia dan berasa sudah tiba masanya dia ‘bersederhana’ dalam penampilan terkait kosmetik, Anderson mengatakan tindakannya sebagai penghormatan buat seorang jurusolek.
Bintang Baywatch tersebut mengaku dirinya ‘hilang selera’ bersolek selepas juru solek kesayangannya, Alexis Vogel, meninggal dunia pada 2019 kerana barah payu dara.
“Mendiang adalah yang terbaik. Sejak Alexis meninggal dunia saya rasa lebih baik saya tidak perlu berhias atau bersolek,” katanya kepada majalah Elle.
Diana menambah selepas banyak tahun tampil glamor dan sensasi, keluar lalu dirakam kamera dengan wajah polos membuat dia berasa teruja dan sedikit memberontak.
“Saya perasan ramai yang bersiap dan memakai solekan saat berada di acara glamor tapi tidak dengan saya. Saya melakukan hal bertentangan,” katanya lagi.
Anderson malah mengaku senang melihat pertambahan usianya.
“Saya ketawa apabila melihat diri sendiri dimamah usia. Adakah ini benar? Tapi inilah perjalanan hidup,” ujar mantan pasangan Kid Rock ini.
Topic Berkaitan
#Viral
#Hollywood
#Selebriti
#Baywatch
#Solek
#Pamela Anderson
#Alexis Vogel
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement