Laman Utama

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM

gempak
Shahrin Zulkifle
21/03/2023
07:00 MYT
Sponsor Banner
“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM

Tular sepotong video di laman TikTok baru-baru ini mengenai kisah seorang remaja perempuan yang melangsungkan perkahwinan sehari selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kisah remaja perempuan yang dikenali sebagai Zetty Aziz itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial tersebut @harryzulhairi sehingga meraih jutaan tontonan.

“Semalam pergi sekolah, hari ini pergi kahwin,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

@harryzulhairi semalam pergi sekolah, hari ni pergi kawin..... #fyp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #fypp #pelaminmersing #pelaminrompin #pelaminendau #malaywedding #kerjakawin #pelamindewan #pelamincanopy #pelaminnikah #pelaminmini ♬ original sound - ?KroNoLoC?

Pada video berkenaan, memperlihatkan Zetty pada awalnya berpakaian lengkap baju sekolah sebelum bertukar kepada persalinan baju pengantin bersongket biru selepas dinikahkan pada 16 Mac lalu.

Sementara itu, jurusolek kepada Zetty turut berkongsi beberapa keping gambar selepas menata rias wajah pengantin itu di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah selain ada yang berseloroh mengatakan jodoh Zetty lebih awal daripada mereka yang lebih berusia.

“Tahniah dik, jodoh awal. Akak yang umur 21 pun tak kahwin lagi,” komen seorang wargamaya.

“Yang mana belum sampai jodoh bawa bersabar. Nikmati hidup single,” ujar seorang warganet.

“Tahniah, selamat pengantin baru, bagus kahwin awal ni,” kongsi seorang netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut menerima lebih dua juta tontonan dan 195,000 tanda suka.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024