Laman Utama

#SembangGajet : Fungsi ECG Jam Ini Sudah Masuk Malaysia, Tapi Pengguna Jangan Panik Jika…

gempak
Hanafis Haris
25/05/2021
12:25 MYT
Sponsor Banner
#SembangGajet : Fungsi ECG Jam Ini Sudah Masuk Malaysia, Tapi Pengguna Jangan Panik Jika…

Bermula hari ini kesemua pengguna Apple Watch Series 4 sehingga Series 6 sudah boleh mengemaskini watchOS 7.5 bagi memanfaatkan fungsi ECG.

Untuk mengemaskini, anda hanya perlu buka aplikasi watch pada iPhone, kemudian pergi ke General dan Software Update.

Namun, apa sebenarnya fungsi ECG Ini?

Untuk pengetahuan anda, ECG atau EKG merupakan ciri monitor jantung baru-electrocardiogram.

ECG adalah alat pertama yang akan digunakan oleh doktor untuk mendiagnosis atau menyingkirkan serangan jantung sekiranya kesakitan dada.

Aplikasi ECG terdiri daripada sepasang aplikasi perubatan mudah alih di Apple Watch dan iPhone yang bertujuan untuk membuat, merekod, menyimpan, memindahkan, dan memaparkan elektrokardiogram saluran tunggal (ECG) yang serupa dengan ECG Lead I.

Aplikasi ECG Apple Watch bertujuan untuk menganalisis data elektrokardiograf dan menentukan kehadiran AFib, irama sinus atau denyut jantung tinggi.

Walaubagaimanapun menerusi maklumat dinyatakan di laman web Medical Device Authority, Kementerian Kesihatan Malaysia, data yang dipaparkan oleh aplikasi ECG ditujukan untuk penggunaan maklumat sahaja.

Pengguna tidak dibenarkan mengambil tindakan klinikal berdasarkan output peranti tanpa berunding dengan profesional penjagaan kesihatan yang berkelayakan.

Bentuk gelombang ECG dimaksudkan untuk menambah klasifikasi irama untuk tujuan membazakan AFib dari irama sinus normal dan tidak bertujuan untuk menggantikan kaedah diagnosis atau rawatan tradisional.

Jadi, sekiranya mendapati sebarang perubahan dalam data ECG, anda dinasihatkan supaya tidak panik dan terus berjumpa dengan doktor untuk rujukan.

Apapun, jadikan alat gajet canggih seperti ini sebagai pemanatauan untuk anda mengamalkan hidup sihat.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live