Skip to main content

Berita Tempatan

"Semoga Ada Kekuatan Untuk Terus Bersaing" - Ali Puteh Terkenang Arwah Anak Dah Sebulan Pergi

ali1.jpg
Pelawak Ali Puteh berharap agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangannya berentap di program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019).
 
Ali, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 30, berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah buatnya apatah lagi dirinya baru sebulan berdepan episod kehilangan anak tersayang, Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
 
"Esok (hari ini) suku akhir dah. Cepat masa berlalu. Sebulan dah arwah adik tinggalkan dunia ini dan bermain di taman syurga.
 
"Doakan Walid terus kuat bersaing di atas pentas keramat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga ada kekuatan untuk terus bersaing esok (hari ini)," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
 

 
Luahan Ali itu kemudian menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.
 
Rata-rata memberikan sokongan kepada Ali agar segala urusannya terus dipermudahkan.
 
"Kuatkan semangat Ali. Buat yang terbaik!
 
"Harap-harap Puteh dapat ke final," tulis sebahagian komen netizen.
 
Terdahulu, anak keduanya, Ainul yang berusia tiga bulan meninggal dunia pada 26 November lalu selepas mengalami komplikasi jantung.
 
Ali bakal bersaing di peringat suku akhir malam ini bersama kumpulan Puteh yang turut dianggotai Mamak dan Man Raja Lawak.

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement