Penyanyi dan usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzaman sekali mencuri perhatian netizen dengan membuat tarian 'mengiurkan'.

Dengan memakai baju hitam yang agak ketat, Sajat membuat tarian tersebut menerusi satu posting di Instagramnya.

"Cardi B Onzz," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Susulan daripada itu, posting berkenaan terus 'dibanjiri' dengan komen netizen yang terkedu dengan tarian serta penampilan tersebut.

Ada yang mendakwa Sajat terlalu seksi, namun tidak kurang juga yang memuji gaya ditonjolkan itu seperti watak adiwira 'catwoman'.

"Wow body cun giler".

"Wow cat woman, meow i like".

"Pandai Sajat menari, seksi la dengan baju ketat gitu," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mengambil peluang menyampaikan nasihat berbentuk keagaman agar Sajat segera berubah.

"Semoga Allah memberi hidayah kepada sajat. Mudah mudahan semua yang membaca ini juga dilimpahi rezeki, hidayah dan rahmat dari Allah swt".

"Kalau nak jadi perempuan biar lah elok sikit. Ni aku tengok pun aku sendiri yang malu. Kite sesama Islam memang kene selalu tegur".

"Time sihat jat, memang semangat. Nnti dah sakit dah nak meninggalkan dunia...," tulis beberapa netizen lagi.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by Jesica Zaman (@nursajatkamaruzzaman)