Laman Utama

“Semoga Allah Tidak Duga Rumah Tangga Mereka Nanti” - Doa Shuhada Untuk Hafidz Roshdi Dengan Bakal Pasangan Baharu

gempak
Asyikin Mayudin
02/08/2023
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Allah Tidak Duga Rumah Tangga Mereka Nanti” - Doa Shuhada Untuk Hafidz Roshdi Dengan Bakal Pasangan Baharu
Meskipun sudah berpisah, namun bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendoakan kebahagiaan buat aktor itu jika dia mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya selepas ini.
Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berharap rumah tangga yang bakal dibina Hafidz dengan pasangan pilihannya itu tidak diuji seperti mana perkahwinan mereka berdua.
"Semoga Allah tidak duga rumah tangga mereka nanti seperti mana Allah duga rumah tangga saya dan dia (Hafidz).
"Yang baik-baik untuk kalian berdua saya doakan, Insya-Allah. Be happy dan lihat juga saya happy," jawabnya ringkas.
Terdahulu, Hafidz dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dipercayai teman wanitanya bernama Athirah Yuhada.
Malah, sebelum ini Hafidz menjelaskan dia bakal mengulas mengenai status hubungan bersama Athirah selepas prosiding kes perceraian dengan Shuhada selesai.
BACA SINI: Hafidz Roshdi Nafi Kahwini Athira Yuhada, Baru Fasa Berkawan
BACA SINI: Shuhada Tak Nak Berkawan Dengan Hafidz Roshdi - “Kawan Baik Tu Tak Mungkin…”
Bagaimanapun, ketika ditemui sejurus prosiding lafaz cerai pada 27 Julai lalu, Hafidz enggan untuk mengulas lanjut mengenai hal tersebut.
Pada 27 Julai lalu, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024