Laman Utama

“Semoga Allah…”- Ucap Hari Jadi Untuk Diri Sendiri, Zizan Razak Doa Jodoh Dipercepatkan

gempak
Syafiqah Jalal
15/04/2021
01:09 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Allah…”- Ucap Hari Jadi Untuk Diri Sendiri, Zizan Razak Doa Jodoh Dipercepatkan
Pelawak dan pengacara, Zizan Razak membuat ucapan untuk dirinya sendiri sempena hari jadinya yang ke-36 hari ini.
Menerusi ucapan yang diberikan, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak mendoakan dirinya untuk terus berjaya dalam hidup termasuk dipercepatkan jodoh.
“Assalamualaikum. Ucapan Happy Birthday buat mu Mohd Razizan bin Abdul Razak. Semoga terus berjaya dan berjaya.
“Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmati mu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur.
“Segala usaha mu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan. Amin amin amin,” pintanya.
Zizan memberi ucapan kha situ menerusi akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut mendoakan agar segala impiannya termakbul.
“Hahaha wish diri sendiri memang win, Happy Birthday bro!!!! Stay happy & cute!,” ucap salah seorang rakan artis.
“Haha pibeday jan! Aku baca doa kau ni 3 kali. Ikhlas dari hati. Aku nak kau happy,” komen salah seorang rakan artis.
“Happy Birthday Zizan.Shiha doakan yg terbaik dunia akhirat buat Zizan sekeluarga,” ucap lagi salah seorang rakan artis.
“Woooohhoooo semoga panjang umur mudah rezekiii,” doa salah seorang pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live