Laman Utama

"Semoga Bertaubat & Berubah!" - Fify Azmi Berang PA Bawa Lari RM15,000, PA Pula Kata Tak Perasan Masuk Akaun!

gempak
Gempak
08/06/2022
17:10 MYT
Sponsor Banner
"Semoga Bertaubat & Berubah!" - Fify Azmi Berang PA Bawa Lari RM15,000, PA Pula Kata Tak Perasan Masuk Akaun!
Harapkan pagar, pagar makan padi, itu dalah perumpaan yang menggambarkan situasi yang menimpa seorang aktres, Fify Azmi apabila pembantu peribadinya dipercayai telah melakukan penyelewengan wang miliknya bernilai RM 15,000.00.
Fify Azmi atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohammad Azmi, 32 telah mendedahkan perkara itu sendiri menerusi satu ‘live’ video di instragram miliknya semalam.
Pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Kak Nora dikatakan telah menipu Fify dan mengkreditkan duit bayaran lakonan ke dalam akaun peribadi Kak Nora.
“Kenapa Kak Nora sanggup buat macam ni dekat Fify? Fify layan akak baik sangat, tak pernah nak berlagak diva suruh akak buat yang lebih-lebih.
“You ingat Fify bodoh ke? You ingat Fify tak tahu ke yang Kak Nora diam-diam belakang Fify buat kerja ni? Perkara ni salah tau Kak Nora.
“If Kak Nora ambil RM 5000, Fify boleh tolak ansur lagi, tapi ni Kak Nora ambil triple payment Fify tau!
“Segala bukti ada pada Fify, penyata bank pun Fify dah ada. Semua sekarang dah kantoi Kak Nora” luah Fify
Fify turut memaklumkan aduan segera akan dibuat kepada pihak polis dan menggangap kali ini tiada rezeki buatnya.
“Untuk pengetahuan Kak Nora, Fify akan buat report polis dan akan berjumpa dengan seorang Inspektor untuk report kes ni” katanya.
Sementara itu, menerusi satu laporan di Harian Metro, Nora tampil memberikan penjelasan dan menyatakan hal tersebut hanyalah sekadar salah faham yang berlaku diantara mereka berdua.
Nora tidak menafikan kecuaian itu datang daripadanya kerana tidak menyedari pihak produksi sebenarnya sudah memasukkan bayaran itu ke dalam akaun bank miliknya. Dia turut menafikan pernah lari daripada Fify berhubung perkara itu.
"Saya tak pernah lari dan ada balas mesejnya tapi lambat sebab ada urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada Fify.
"Saya mengaku memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke dalam akaun saya kerana biasanya semua bayaran dimasukkan ke dalam akaun Fify," katanya.
Tambah Nora, disebakan pelakon itu tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois, maka bayaran tersebut telah dimasukkan ke dalam akaunya.
"Cuma kali ini saja masuk akaun saya sebab membabitkan invois. Fify tak tahu nak buat invois, jadi saya buatkan guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya.
"Pihak produksi tak maklumkan saya mengenai bayaran yang sudah dimasukkan dalam akaun saya. Saya pula tak periksa akaun dan memang silap saya," katanya.
Nora turut menjelaskan bahawa dia ada menggunakan wang itu kerana tidak perasan dan sudah berbincang bersama Fify untuk membayarnya semula secara ansuran.
“Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Saya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap," katanya.
Dalam pada itu, Nora turut membuat laporan polis berkenaan hal ini dan enggan mengulas lanjut serta menyerahkannya kelada pihak polis.
Di entri lain, Fify sempat memuat naik status di ‘IG tory’ dengan kapsyen “Fuh tak perasan ay? Awak memang gempak Nora. Semoga berubah dan bertaubat”.
Sumber : Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live