Penyanyi Zila Seeron kembali membuka tudung menerusi perkongsian foto terbaharunya di akaun Instagram (IG).

Foto bekas isteri Along Cham itu mengejutkan netizen serta pengikut laman sosialnya itu.

Malah ada yang keliru dengan imej Zila yang sering bertukar.

Rata-rata mula menasihati Zila supaya kembali ke pangkal jalan dan cuba istiqamah seperti sebelum ini.



Terdahulu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4 (AF4) itu pernah mencetuskan kontroversi dengan tindakannya membuka tudung pada Februari 2017.

Namun sekitar Oktober tahun yang sama, Zila mengambil keputusan untuk kembali bertudung.