Laman Utama

“Semoga Duduk Penjara Kajang Sampai... - Netizen Naik ‘Hantu’ Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Dengan Anak Sendiri Mengaku Tak Bersalah

gempak
Izwan Isa
15/05/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Duduk Penjara Kajang Sampai... - Netizen Naik ‘Hantu’ Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Dengan Anak Sendiri Mengaku Tak Bersalah
Seorang ibu kepada lima anak didakwa di Mahkamah Sesyen, Klang, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya pada November tahun lalu.
Memetik laporan Berita Harian, wanita yang berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya yang pada waktu itu berusia 14 dan 12 tahun di sebuah unit pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam sekitar pukul 8 malam, November 2022.
Wanita itu didakwa melakukan Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan hukuman sebat.

Video porno

Dalam pada itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengarahkan pembuatan video lucah terhadap anak perempuannya yang ketika itu berusia 15 tahun.
Perbuatan itu dilakukan wanita berkenaan di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh pada jam 2 pagi, Februari 2022.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 30 tahun dan hukuman sebat.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur 'Ayuni Jamri dan Nurul 'Izzati Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan mangsa adalah kanak-kanak dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula ditetapkan pada 26 Jun ini.
Netizen masih bengang
Meninjau ruangan media sosial, rata-rata dalam kalangan netizen menyelar tindakan wanita berkenaan dan mengharapkan balasan setimpal dikenakan ke atasnya.
“Semoga duduk penjara Kajang sampai mamp*s sis.”
“Ni manusia jenis apa ni? Gila.”
“Betul nak kiamat dah dunia ni.”
Sumber: Berita Harian dan Twitter Sumber foto: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live