,
Laman Utama

“Semoga Pihak Sana Tidak Melengah-Lengahkan Urusan Pembayaran”- Hidayah Syukur Keputusan Rayuan Mahkamah Berpihak Padanya

Mya Amri
04/01/2023
08:30 MYT
Balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberikan perkembangan terbaharu mengenai kes rayuan saman fitnah yang melibatkan adik iparnya, pelawak ali Puteh.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Hidayah menyatakan rasa syukur apabila keputusan rayuan mahkamah juga berpihak kepadanya.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah,” maklumnya.
Dalam hantaran yang sama, Hidayah juga meminta agar Ali dapat membuat pembayaran seperti mana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
“Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.
“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini. Amin. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya.
Terdahulu, pada 28 Disember lalu, Ali gagal dalam rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung ganti rugi RM60,000 yang perlu dibayar kepada Hidayah kerana memfitnahnya di media sosial dua tahun lepas.
Selain itu, mahkamah juga menolak rayuan Ali dan tiga anggota keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan samannya terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube miliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Janji Ditepati! Ali Puteh Syukur Berjaya Bawa Aya Amiruddin Ke Pentas Akhir - “Dia Permata baharu Dalam Industri Komedi”

gempak
14/11/2024
12:25 MYT
Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur apabila berjaya menunaikan janjinya untuk membawa ahli kumpulannya iaitu Aya Amiruddin ke pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Unitar