Pengacara dan pelakon Ajak Shiro berkongsi sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya.

Rakaman video tersebut menunjukkan sebuah perigi tertera nama Ajak yang diwakafkan untuk masyarakat Islam di sebuah perkampungan di Vietnam.

"Alhamdulillah..Terima kasih sahabat @champahalim sebab tunaikan bantuan ni..

"Waktu ni kami bersembang di Madinah..Sekarang Allah bagi saya tengok dengan mata saya perigi saya ni..

"Sejuk mata..Thank you Halim..Ayuh bantu saudara kita di Vietnam..

"Populasi Islam dan taraf hidup mereka jauh berbanding kita.

"Sahabat saya @champahalim bercita-cita nak ubah semua tu. Semoga Allah sentiasa bersama kau Halim.

"Terima kasih juga kepada semua yang menderma tempoh hari..Perigi korang pun dah siap.

"Hari raya pulak tu. Besar pahala korang. Salam jumaat semua," tulisnya.

Rata-rata peminat memuji dan menyokong tindakan Ajak kerana dapat mengajak ramai orang melakukan amal jariah.



Namun, terdapat segelintir pengikut berpendapat melakukan kebaikan tidak perlu ditunjukkan di media sosial.