Berita
“Semoga Terus Istiqamah”- Kembali Bertudung, Nina Iskandar Dipuji Makin Manis
Foto dan video pelakon Nina Iskandar yang tampil dengan imej bertudung telah mendapat perhatian pengikut laman Instagram (IG) miliknya.
Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 29, yang berasal dari Brunei itu dilihat sudah mengenakan imej bertudung sejak Oktober lalu.
Menerusi kemas kini terbaharu, Nina memuat naik foto terbaharunya berjubah dan berhijab hitam.
Dalam entri tersebut, rata-rata warga maya dan pengikut media sosial itu memuji imej tersebut.
“Lain muka bila bertudung, manis dan ayu,” puji salah seorang pengikutnya.
“Teruskan berhijab semoga dirahmati Allah,” komen salah seorang wargamaya.
“Semoga terus istiqamah,” kata salah seorang peminatnya.
Dalam pada itu tidak kurang ada yang bertanya adakah dia kini kembali berhijab.
“Kamu memakai hijab? Tahniah sebab kamu melindungi aurat,” komen salah seorang.
“Dah pakai tudung balik ke?,” tanya salah seorang pengikutnya.
Pun begitu, Nina tidak pun pernah mengesahkan mengenai imej terbaharunya, sebaliknya hanya mendiamkan diri tanpa membalas komen-komen berkenaan.
Terdahulu, Nina pernah berhijab dan mengenakan imej tersebut hampir setahun sebelum kembali ke imej asalnya
Sekadar info, Nina kini merupakan isteri kepada penolong pengarah Azlan Adznan dan mereka mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia 10 bulan.
Difahamkan Nina kini berada di Brunei sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.
Must-Watch Video