Berita
“Semoga Usikan Itu Jadi Doa Suatu Hari Nanti…”- Abby Abadi Mahu Jodohkan Anak Dengan Budak Paris?
Buat sekian kalinya, pelakon Abby Abadi telah mengusik anaknya untuk dijodohkan dengan anak rakannya yang menetap di Paris.
Dua anak Abby iaitu Danish dan Marissa telah menjadi ‘mangsa’ usikan ibunya selepas anak rakannya itu hadir ke majlis hari jadi anak aktres Memey Suhaiza baru-baru ini.
Meskipun ia hanya usikan, namun Abby dalam masa yang sama tetap berharap agar anaknya itu dipertemukan jodoh.
“Di kenen-kenenkan. Dijodoh-jodohkan. Anak-anak ni layankan sahaja.
“Semoga usikan ini menjadi doa suatu hari nanti sebab mama-mama kamu akan sebut selalu.
“Jadi sahabat-sahabat mama-mamanya. Tolonggggglah AMIN kannn ye hihi,” tulisnya.
Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian Abby di akaun Instagram miliknya, dia telah memuat naik foto anak-anak mereka bergambar bersama.
Sementara itu, Abby sempat memperkenalkan kawannya yang berkahwin dengan jejaka Paris dan menetap di negara itu sejak 18 tahun yang lalu.
“Kenalkan @light.km & hubbynya. Kesayangan saya yang sudah hampir 17/18 tahun tinggal di Paris.
"Setahun sekali je kami dapat jumpa. Ini dah masuk tahun ketiga kita berkasih sayangkan yang? Hehe..
“Terima Kasih sudi datang ke Majlis semalam walaupun jadual penuh. Semoga kekal ukhuwah ini kerana ALLAH & semoga jadilah perancangan kita untuk menjodohkan anak kita ke tettt ye kikiki... Aminnnnn,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut Abby memuat naik foto rakannya bersama suami.
Abby mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk komen yang negatif kerana terlalu teruja untuk menjodohkan anak mereka yang masih bersekolah.
Pun begitu, Abby tidak mempedulikannnya dan tidak membalas komen-komen yang diberikan.
Marissa dan Danish merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Abby bersama aktor Norman Hakim dan mereka dikurniakan seorang lagi anak, Maria Danisha.
Must-Watch Video