Hiburan
Sempena Meraikan 2 Dekad, EH! Himpun 20 Personaliti Untuk Hias Muka Depan
Dari yang senior hingga yang baru, dari pentas nyanyian ke dunia seni lakon juga pengacaraan, EH! menghimpunkan 20 figura tersohor membarisi EH! Top 20 2019 sempena meraikan dua dekad EH! sebagai majalah urban No 1.
Istimewanya keluaran EH! Oktober 2019 sebagai Collector’s Issue di mana 20 personaliti EH! Top 20 2019 menghiasi muka depan majalah yang menampilkan sepuluh personaliti di setiap satunya.
Sejak diterbitkan, EH! terus menyajikan tip dan panduan fesyen, kecantikan dan gaya hidup menerusi platform cetak dan digital.
Tahun ini, EH! Malaysia memilih konsep 90’s Crazy, Sexy & Cool sebagai tema acara sekaligus mengembalikan nostalgia selama 20 tahun EH! mewarnai industri hiburan tanah air.
Tayangan video di sebalik tabir dan temu bual ringkas bersama 20 selebriti EH! Top 20 antara highlight menarik di malam acara EH! Top 20 2019.
Kehangatan acara EH! Top 20 tahun ini dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Ratu Rock Malaysia, Ella dengan Permata Pemotong Permata.
Malam acara turut diwarnai oleh penyanyi popular tanah air antaranya Kilafairy, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri, Zizi Kirana dan kumpulan wanita De Fam yang menutup pentas acara ini.
Kesemua barisan selebriti EH! Top 20 diperkenalkan secara berperingkat dan disusuli dengan gambar berkumpulan bersama Editor EH!, Khairul Abidin.
Malam EH! Top 20 dihadiri oleh selebriti, pereka fesyen, jurusolek, influencer, model dan rakan-rakan pengiklan EH! sendiri.
Acara EH! Top 20 tahun ini mendapat kerjasama YSL Beauté Malaysia selaku penaja utama dan dilangsungkan di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur.
20 selebriti yang tersenarai dalam EH! Top 20 tahun ini ialah:
1) Ain Edruce, Hos TV & Model
2) Alif Satar, Pengacara & Pelakon
3) Awal Ashaari, Pengacara & Pelakon
4) Daiyan Trisha, Penyanyi, Penulis Lirik & Pelakon
5) Emma Maembong, Pelakon
6) Ernie Zakri, Penyanyi & Guru Vokal
7) Farah Nabilah, Pelakon
8) Hael Husaini, Penyanyi
9) Hannah Delisha, Pelakon
10) Khai Bahar, Penyanyi
11) Kilafairy, Penyanyi & Pelakon
12) Misha Omar, Penyanyi
13) Nabila Razali, Penyanyi & Pelakon
14) Nelydia Senrose, Pelakon
15) Scha Alyahya, Pelakon & Model
16) Sherry Alhadad, Pelakon & Pengacara
17) Siti Saleha, Pelakon
18) Syafiq Kyle, Pelakon
19) Wany Hasrita, Penyanyi
20) Zahirah Macwilson, Pelakon
Kesemua barisan EH! Top 20 2019 dan para tetamu yang hadir membawa pulang cenderahati penghargaan daripada YSL Beauté Malaysia.
@wanyhasrita di majlis #eh20tahun #ehtop202019 #yslbeautymy #yslbeauty kolaborasi bersama YSL BeautéA post shared by EH! (@ehmalaysia) on
Must-Watch Video