Laman Utama

Sempoi! Emma Maembong Layan Anak Sampai Baring Atas Jalan - “Kalau Kita Buat Macam Tu Orang Kata Kita Gila"

gempak
Izwan Isa
05/01/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Sempoi! Emma Maembong Layan Anak Sampai Baring Atas Jalan - “Kalau Kita Buat Macam Tu Orang Kata Kita Gila"
Setiap ibu dan bapa mempunyai cara tersendiri dalam melayan karenah anak-anak. Hal ini turut dialami oleh pelakon popular, Emma Maembong.
Menerusi kemas kini di Instagram, Emma berkongsi momen-momen manis ketika bercuti bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel di Universal Studio, Singapura.
Perkongsian itu termasuk hantaran Instagram Story yang memperlihatkan Emma baring di jalanan di Universal Studio sambil melayan Shariq.
“Bila dia tak nak dukung, tak nak jalan, tak nak buat apa just nak baring, cakap kotor dia nangis. Jadi kita baring sekali,” tulis Emma ringkas.
@kopipanas2u
Berdekah aku gelak, Emma Maembong memang sempoi. Semua mommy kena follow tips Emma.
♬ original sound - Kopi Panas
Dimuat naik kembali di TikTok, ramai yang terhibur melihat keletah Shariq bersama Emma ketika berliburan di luar negara.
“Sebenarnya Emma enjoy, dia berjaya healing sama anak dia. Perkara yang tak pernah dia terfikir dia akan buat."
“Pasni kalau jumpa mak-mak tengah baring macam ni jangan tanya pasai apa naa.”
“Tak perlu pun semua mommy kena follow tips Emma ni. Cara masing-masing. Emma baring tepi jalan pun nampk cantik.”
“Kalau saya buat ni… mungkin suami dah seret balik.”
“Sebab dia Emma Maembong. Kalau kita buat macam tu, orang ingat kita gila dah.”
Dalam perkembangan terkini, Emma kini mengisi kerusi juri bagi The Masked Singer Malaysia musim ketiga.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024