,
Laman Utama

“Semua Benda Nak Dikaitkan Dengan Vaksin”- Sunatkan Bayi Lelaki 2 Bulan Dipertikaikan, Fitri Haris Kecewa

Syafiqah Jalal
06/09/2021
10:12 MYT
Penyanyi Fitri Haris kecewa apabila terdapat golongan vaksin yang mempertikaikan tindakannya mengkhatankan bayi lelakinya, Bilal Habibi yang baru berusia dua bulan.
Kata Fitri terdapat golongan anti-vaksin yang mengaitkan khatankan anak lebih awal dengan vaksin Covid-19 yang telah diambil.
“Bila saya buat kenyataan saya takut tak sempat ajal awal ke untuk lihat momen-momen anak berkahatan , ada pula golongan anti-vaksin yang komen kata “takut kesan sampingan vaksin ke tu”.
“Allah sudah-sudah lah hidup dengan ‘your world assumption’. Mati ni bukan sebab vaksin sahaja.
“Apa-apa pun moga Allah memberkati kehidupan kita,” katanya.
Fitri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya. Dalam kenyataan lain, bekas ahli kumpulan UNIC itu memberitahu tujuannya mengkhatankan anaknya seawall bayi adalah kerana mahu mengikut sunnah Rasulullah.
“Saya sunatkan Bilal kerana banyak kelebihan antaranya dalam satu hadis Riwayat Al Baihaqi, dari Aisyah… Rasulullah menghkhatankan Hassan dan Hussein seawall umur tujuh hari.
“Sejujurnya saya tak tahu sempat atau tidak untuk melihat momen Bilal sunat jika tunggu lagi 7 hingga 9 tahun akan dating kerana ramai rakan sebaya saya telah pergi selamanya,” terangnya.
Terdahulu, Fitri berkongsi pengalaman bersama pengikutnya mengenai video proses mengkhatankan anaknya di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Fitri dan isterinya yang juga merupakan bekas pengurusnya, Fazilah Omar bernikah pada tahun 2019 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata pada Jun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol

gempak
21/11/2024
23:49 MYT
Personaliti media sosial, Ameera Khan meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Hiburan

Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

gempak
17/11/2024
09:25 MYT
Penyanyi Nabila Razali mengumumkan bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
Hiburan

Penangan Watak Haikal Dalam Andai Tiada Dia, Hisyam Hamid Puas Hati Kena Kecam - “Ada Yang Nak Cabut Misai…”

gempak
14/11/2024
08:25 MYT
Pelakon Hisyam Hamid menerima dengan terbuka segala cacian yang diberikan oleh penonton terhadap karakter yang dibawa dalam Andai Tiada Dia.
Viral

Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

gempak
28/10/2024
04:27 MYT
Pereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.
Berita

Nekad 'Larikan ' Bayi Pramatang Berusia 17 Hari

gempak
27/10/2024
11:55 MYT
Ia sememangnya ajaib.
Unitar