Hollywood
Semua Berhak Berkarya, Ini Selebriti Kulit Hitam Diiktiraf Dunia
Walau apa juga warna kulit kita, seperkara yang pasti darah kita tetap merah!
Jadi, untuk apa kita banding-bandingkan warna kulit hingga tercetus pelbagai isu berbangkit sedangkan kita sama-sama boleh maju ke hadapan.
Berikut Gempak kongsikan kepada anda artis berkulit hitam yang melakar kejayaan dalam bidang masing-masing.
Michael Jackson
Siapa tak kenal dengan Michael Jackson! Teringat pula lagu Black Or White nyanyiannya yang popular sekitar awal 1990-an dulu.
Legenda pop dunia itu menjadi artis yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia yang turut mengalahkan legenda Rock and Roll Elvis Presley. Malah ia turut diiktiraf Guinness Book Of World Records.
Beliau merupakan pemegang 23 Guinness World Records, 40 Billboard Awards, 13 Grammy, dan 26 American Music Awards. Hebat!
Ramai yang mendakwa perubahan warna kulit MJ dari gelap ke putih adalah disebabkan pembedahan. Namun begitu, penyanyi ini menolak dakwaan tersebut kerana menurutnya dia menjadi putih kerana menderita penyakit vitiligo.
Whitney Houston
Penyanyi dan pelakon yang melakar kegemilangan sekitar era 1980-an dengan vokal yang mantap dan suara yang unik.
Houston bermula sebagai penyanyi gereja dan akhirnya popular bersama lagu-lagu antaranya Saving All My Love For You, When You Believe dan I Will Always Love You.
Beyonce
Memulakan kerjaya vokalnya dalam kumpulan Destiny's Child, Beyonce lebih menyinar apabila tampil solo dan menghasilkan album pertamanya Dangerously in Love pada 2003
Beyonce antara lain pernah dinobatkan sebagai menurut majalah People, Beyonce menjadi wanita paling cantik di dunia pada tahun 2012.
Rihanna
Apa saja lagu nyanyian Rihanna pasti menjadi malar segar. Pon de Replay, Umbrella, SOS, dan banyak lagi, semuanya meraih jutaan peminat seluruh dunia.
Rihanna pernah 14 kali merajai carta Billboard Hot 100.
Halle Berry
Berry mencatat sejarah bagi pelakon kulit hitam apabila menjadi wanita pertama Afrika-Amerika yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik Oscars pada 2001 menerusi filem romantik berjudul Monster’s Ball.
Pada 2001, Oscars mencatat pencapaian baru apabila Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi pelakon kulit hitam yang dimenangi Denzel Washington.
Halle adalah antara pelakon yang menerima bayaran tinggi di Hollywood sejak 2000. Dia cukup terkenal dengan wataknya sebagai Ororo Munroe atau Storm menerusi filem francais X-Men dan Catwoman.
Bapanya merupakan Afrika-Amerika manakala ibunya berketurunan Jerman.
Tyra Banks
Supermodel, pelakon dan penyanyi, itu antara jolokan yang kena tepat pada pemilik nama Tyra Banks.
Penerbit rancangan America's Next Top Model itu memulakan kerjaya seawal usia 15 tahun dan menjadi wanita Afrika-Amerika pertama yang muncul di sampul katalog Victoria Secret.
Will Smith
Dari pentas rapper menjadi pelakon A-List di Hollywood, Will Smith antara nama tersohor yang dikenali ramai.
Filem-filem lakonannya seperti Independence Day, Men In Black dan Alli antaranya berjaya menyumbang kepada pendapatannya sekitar AS$128 juta (RM547 juta).
Selain itu, filem Aladdin dan Suicide Squad mejadi antara filem terlaris lakonannya.
Must-Watch Video