Jika anda sering menikmati keenakan ayam geprek di kedai makan, apa kata anda mencubanya sendiri di rumah.

Rupa-rupanya, cara untuk menyediakan menu ini mudah sahaja tau!

Ha, hujung minggu ni mungkin anda boleh cuba resipi baru ini untuk menjamu keluarga dan rakan-rakan tercinta!

Gempak senaraikan cara-cara untuk menyediakan resipi ayam geprek sambal gesek:

Bahan-bahan yang perlu digoreng:
Peha ayam yang diperap dengan kunyit & garam
Tempe disalut dengan kunyit & garam
Tauhu
2 biji terung

Bahan-bahan sambal:
3 batang cili merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
7 biji cili padi

Cara-cara:
1) Panaskan kuali dan masukkan minyak
2) Bila kuali dah panas, goreng tempe yang telah disalut sehingga garing dan toskan
3) Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng tauhu dan terung.
4) Dengan minyak yang sama juga, goreng peha ayam sehingga rangup dan toskan
5) Tumbukkan ayam yang digoreng dengan lesung batu
6) Seterusnya, goreng bahan-bahan sambal sehingga masak
7) Toskan bahan-bahan sambal dan gesek menggunakan lesung batu
8) Perasakan dengan garam & gula
9) Siap untuk dihidangkan!

Senang je kan! Anda boleh cuba di rumah tau.

Untuk penerangan yang lebih jelas, apa kata anda usha video resipi ini yang disediakan oleh Naim Daniel dalam program Iftar Ala King musim kedua: