Laman Utama

"Senior Pembuli Ada Di Mana-Mana, Saya Tengah MC Pun Dia Mesej Suruh ..." - Dr. Izzar Dedah Pengalaman Jadi Doktor Pelatih

gempak
Amri Hassan
09/05/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Senior Pembuli Ada Di Mana-Mana, Saya Tengah MC Pun Dia Mesej Suruh ..." - Dr. Izzar Dedah Pengalaman Jadi Doktor Pelatih
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari terpanggil untuk mengulas isu buli yang difahamkan turut terkait dengan doktor pelatih baru-baru ini.
Kongsi Dr. Izzar, dirinya sendiri pernah melalui detik susah ketika bergelar doktor pelatih suatu masa dahulu.
"Housemanship (HO) atau doktor pelatih ni suatu tempoh yang amat penting dan paling susah. Tanyalah mana-mana doktor, mesti tak sanggup dah nak lalui jadi HO lagi.
"Masa saya HO dulu pernah saya kerja tanpa off day atau cuti selama 4 bulan berturut-turut. Bila ada cuti pun hanya seminggu sekali sahaja dan hari cuti guna untuk tidur je.
"Dahlah saya kena jadi HO leader untuk 4 rotation dari total 6 rotation. Kenalah pula jaga dan menjawab untuk semua rakan HO bawah saya. Bertambahlah sibuk.
"Alhamdulillah saya dulu ada kawan-kawan HO yang saling memahami. Kebanyakan bos pun sangat supportive. Matron, nurse n MA pun senang nak kerja dengan diorang," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Tambah Dr. Izzar lagi, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika bergelar doktor pelatih ketika dia berdepan demam denggi dan terpaksa dirawat di wad.
"Boss atau senior pembuli tu memang ada di mana-mana. Saya tengah MC masuk wad di hospital sebab denggi pun dia mesej suruh masuk kerja balik esok cepat-cepat.
"Dan ada juga tak kasi HO ambil cuti rehat lebih 2 hari berturut-turut. Kena tengking/maki tu biasalah tapi bukan semua camtu," tambahnya.
Nasihat Dr. Izzar agar doktor pelatih muda yang sedang melalui situasi berkenaan agar tidak mudah patah semangat dan sentiasa bersabar.
"Saya berdoa agar kehidupan adik-adik HO sekarang dan yang akan baru berkhidmat tahun hadapan akan lebih baik.
"Diharapkan cabaran dan dugaan adik-adik akan menjadikan korang doktor-doktor yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. InsyaAllah. Bersabarlah. Bila dah senior, jadilah doktor yang baik.
"Kepada pembuli-pembuli fizikal, mental, seksual serta jalan raya di luar sana, berhentilah. Kalau taknak berhenti membuli juga, silalah meninggal (dibaca)," pesannya.
Gempar baru-baru ini apabila seorang doktor pelatih yang ditempatkan di Hospital Pulau Pinang awal bulan lalu dipercayai terjatuh dari bangunan dan meninggal dunia pada 17 April lalu.
Media turut memaparkan 'penderaan mental' yang didakwa terpaksa ditempuhi ramai doktor pelatih di sesetengah hospital awam negara ini.
Antara penderaan mental yang terpaksa mereka hadapi ialah dimaki, dihina dan dihalau di depan pesakit.
Ada juga doktor pelatih yang mengadu menerima gangguan mental, fizikal dan seksual daripada pegawai perubatan serta doktor pakar ketika bertugas dan menjalani latihan sebagai 'houseman' selama dua tahun.
Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan pasukan petugas bebas, bagi menyiasat laporan kematian seorang pegawai perubatan pelatih dan dakwaan budaya buli di fasiliti kerajaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live