Salam Jumaat guys! Jom kita recap apa kisah menarik yang berlaku sepanjang Jumat

1. Jenazah anak Gabenor Jawa Barat lemas sudah ditemui

Pada Khamis, polis Switzerland berjaya menemukan jenazah Emmeril atau lebih dikenali sebagai Eril di pintu kawasan perairan Engehalde yang terletak di Bern.

BACA: Anak Gabenor Jawa Barat Yang Lemas Di Sungai Aare, Switzerland Sudah Ditemui - “Jenazah Akan Kembali Ke Tanah Air”


2. Syahmi Sazli terpaksa lepaskan 15 orang pekerja

Susulan penutupan perniagaan air balang yang diusahakannya, pengarah berbakat Syahmi Sazli terpaksa melepaskan pekerja-pekerjanya yang seramai 15 orang.

BACA: Terpaksa Lepaskan 15 Orang Pekerja, Syahmi Sazli Beri RM1,000 Sebagai Duit Perbelanjaan - “Kesian Dekat Mereka, Berhenti Mengejut..”

3. Britney Spears kahwin secara senyap

Penyanyi pop terkenal Britney Spears, 40, akhirnya berkahwin dengan pasangannya Sam Asghari, 28, di rumah agam yang terletak di Thousand Oaks.

BACA: Oops She Did It Again! Britney Spears Berkahwin Secara Eksklusif, Tapi Bekas Suami Buat Kecoh?

4. Anas Tahir kecewa sering dimalukan

Adik kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir, Anas Tahir meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ada segelintir pihak yang cuba memandang rendah serta meremehkan dirinya.

BACA: “Nak Murah Panggil Jela Saya, Jangan Panggil Faizal Tahir” - Anas Tahir Kecewa Sering Dimalukan

5. Hawa Rizwana dikritik berseluar ketat ketika berkaraoke

Pengacara Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik sepotong video di akaun TikTok miliknya.

BACA: Rancak Berkaraoke, Tapi Dah Kenapa Netizen Kritik Hawa Rizwana? Siap Doa Tutup Aurat & Diberikan Hidayah?